SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog "JOM BELAJAR MATEMATIK BERSAMA CIKGU HARLIYANA"...Dalam blog ini kebanyakan bahan pelajaran berkaitan dengan dunia MATEMATIK terutama bagi Tahun 3. Ini adalah blog pertama saya yang dihasilkan untuk tugasan KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH. InsyaAllah saya akan meneruskan penulisan blog ini dimasa akan datang. Harapan saya anda dapat mempelajari sesuatu melalui blog saya ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

Jumaat, 23 November 2012

GARIS SIMETRI

Garis Simetri ialah satu garis lipatan pada suatu bentuk geometri atau objek supaya bentuk itu dapat bertindih tepat apabila dilipat. Sesuatu bentuk geometri atau objek mungkin mempunyai lebih daripada satu garis simetri. Berikut menunjukkan beberapa objek dan bentuk 2-D dengan garis-garis  simetri mereka:



Rama-rama mempunyai 
satu garis simetri.



Bentuk-bentuk ini mempunyai garis simetri. 
Ada yang mempunyai lebih dari satu garis simetri.



Bulatan mempunyai garis simetri 
yang tidak terkira.








Selasa, 20 November 2012

BENTANGAN BENTUK 3-D


Apakah yang akan terjadi apabila bentuk 3-D dibentangkan?


Bentangan bentuk 3-D ada pelbagai. Namun begitu bentangan tersebut mestilah menepati ciri-ciri sesebuah bentuk 3-D. Sebagai contoh bentangan bagi sesebuah kubus mestilah mempunyai enam bentuk segi empat sama.



Ada banyak lagi bentangan bagi pelbagai bentuk disini : KLIK!

Isnin, 19 November 2012

CIRI-CIRI BENTUK 3-D

Apakah ciri-ciri yang terdapat pada bentuk 3-D?




Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri yang terdapat pada bentuk-bentuk 3-D. 

PRISMA

JENIS-JENIS PRISMA.


CIRI-CIRI PRISMA

Bagaimanakah kita boleh mengenali prisma?
Secara umumnya terdapat tiga ciri-ciri penting yang menunjukkan sesuatu bentuk / bongkah itu dikenali sebagai prisma. Ciri-ciri tersebut ialah :
  • Prisma mempunyai 2 permukaan yang sama bentuk; ini dikenali sebagai tapak prisma.
  • Bentuk permukaan yang selebihnya (selain daripada tapak) berbentuk segiempat tepat.
  • Bentuk permukaan pada tapat prisma melambangkan nama sesebuah prisma.

BENTUK 3-DIMENSI

MENGENAL BENTUK 3-D

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini kita akan belajar satu tajuk yang sangat menarik, iaitu bentuk 3-D. 
Apa itu 3-D? 
3-D ialah singkatan daripada perkataan tiga dimensi. 
Apa pula yang dikatakan bentuk 3-D?
Bentuk 3-D ialah bentuk yang mengandungi tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung. Bentuk 3-D juga dikenali sebagai bongkah.
Baiklah, setelah mengetahui maksud 3-D, sekarang kita kenal pasti pula jenis-jenis bentuk 3-D. Bentuk-bentuk tersebut ialah:
kubus
kuboid
piramid
silinder
kon
sfera
Di sini di sertakan rakaman video untuk  anda lebih memahami topik bentuk 3-D ini.