Garis Simetri ialah satu garis lipatan pada suatu bentuk geometri atau objek supaya bentuk itu dapat bertindih tepat apabila dilipat. Sesuatu bentuk geometri atau objek mungkin mempunyai lebih daripada satu garis simetri. Berikut menunjukkan beberapa objek dan bentuk 2-D dengan garis-garis simetri mereka:
Rama-rama mempunyai satu garis simetri. |
Bentuk-bentuk ini mempunyai garis simetri. Ada yang mempunyai lebih dari satu garis simetri. |
Bulatan mempunyai garis simetri yang tidak terkira. |